suria

Peninju tendang muka rakan hingga pengsan ketika perlawanan, akui tak tahu nak sedih atau gembira

Dua peninju itu sudah lama menjalinkan persahabatan, sejak mereka sama-sama menjalani latihan di Thailand. Foto: BT Sport.

PENINJU UFC Rafael Fiziev mencuri perhatian dengan kemenangannya ke atas Brad Riddel pada Sabtu lalu.

Paling menjadi bualan tentunya aksi Fiziel yang menendang pihak lawan yang juga rakannya sendiri sehingga pengsan.

Menurut Fiziev, sudah tentu dia gembira, namun pada masa sama sedih mengenangkan Ridell yang sudah berlatih dengannya sejak sekian lama.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tak tahu jika saya gembira atau sedih.

"Rasa tak seronok bila kita kalahkan rakan sendiri. Tapi, sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini," ujarnya.

Untuk rekod, dua peninju itu sudah lama menjalinkan persahabatan, sejak mereka sama-sama menjalani latihan di Thailand. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain