suria

Bakal sertai Rangnick di United, siapa sebenarnya Chris Armas?

Armas bakal menyertai barisan kejurulatihan Manchester United.

BEKAS pengurus Toronto FC, Chris Armas bakal menyertai barisan kejurulatihan Manchester United selepas ketibaan Ralf Rangnick.

Armas dipecat Toronto pada Julai lalu selepas kurang enam bulan bersama pasukan tersebut.

Di bawah kendaliannya, Toronto mengalami kekalahan 1-7 kepada D C United, kekalahan paling memalukan sepanjang sejarah kelab itu.

Ia adalah perlawanan terakhir Armas ketika bersama Toronto.

Armas pastinya mahu memulihkan reputasinya di Manchester United selepas menjadi kakitangan pertama diambil di bawah bimbingan Rangnick.

Satu-satunya kelebihan daripada kehadiran Armas ialah dia serta Rangnick sudah mengenali antara satu sama lain selepas pernah bekerjasama di New York Red Bulls.

Rangnick adalah ketua sukan dan pembangunan kelab Red Bull di New York dan Brazil manakala Armas dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan itu. - Dailymail.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain