suria

Faisal, Khairulazhan positif Covid-19... terlepas aksi pertama menentang Kemboja

Faisal Halim (kiri) dan Khairulazhan Khalid akan menjalani kuarantin selama 10 hari.

DUA pemain skuad Harimau Malaya yang menyertai kejohanan Piala AFF Suzuki di Singapura, disahkan positif Covid-19.

Pemain sayap, Faisal Halim dan penjaga gol Khairulazhan Khalid akan dikuarantin selama 10 hari.

Berikutan perkembangan terbaru tersebut, kedua-dua pemain itu akan terlepas aksi pertama Kumpulan B Harimau Malaya menentang Kemboja di Stadium Bishan pada Isnin (5 Disember).

Pengurus pasukan Malaysia, Datuk Yusoff Mahadi berkata dua pemain itu disahkan positif selepas keputusan ujian RT-PCR yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, pada Jumaat. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain