suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo sumbat dua gol bantu United tewaskan Arsenal

Ronaldo meledak dua gol sekaligus membantu kemenangan United.

CRISTIANO Ronaldo berjaya melepasi 800 jaringan buat kelab dan negaranya selepas meledak dua gol ketika Manchester United menentang Arsenal, sebentar tadi.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), United mengalahkan Arsenal 3-2.

Arsenal terlebih dulu berada di depan melalui jaringan Emile Smith Rowe yang menewaskan penjaga gol United, David De Gea.

Bruno Fernandes kemudian menyamakan kedudukan, apabila dia menamatkan gerakan rumit melibatkan Jadon Sancho dan Fred seminit sebelum masa rehat.

Ronaldo berjaya meletakkan United di depan hasil gol ke 800 namun pantas disamakan Martin Odegaard.

Bagaimanapun pemenang lima kali Ballon d'Or itu meledak gol keduanya hasil sepakan penalti 20 minit sebelum aksi tamat. - BBC.Com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain