suria

Staf wanita tegas, halang lelaki bawa botol air bersaiz besar masuk bersenam dalam gim

Kejadian itu berlaku pada tahun 2019, namun kembali tular baru-baru ini.

SEORANG lelaki ternyata berang apabila dia dihalang masuk ke sebuah gim di Shelbyville, Kentucky, Amerika Syarikat (AS).

Menurut lelaki itu, dia dihalang masuk oleh seorang petugas wanita kerana membawa botol air bersaiz besar.

Dia turut berkongsi mengenai kejadian itu sehingga ia tular di media sosial.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada tahun 2019, namun kembali tular baru-baru ini.

Kata lelaki itu, hal tersebut sangat tidak masuk akal kerana ia tidak termaktub dalam polisi mereka.

Menurut petugas wanita itu pula, cawangan gim mereka mempunyai peraturan berbeza dan ia bergantung kepada arahan pengurus masing-masig. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain