suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi berdarah... gadis maut diserang sekumpulan anjing ketika berjoging

Florencia maut berlumurah darah diserang sekumpulan anjing. foto @ideasfacso/Facebook

SEORANG gadis berusia 23 tahun maut selepas diserang sekumpulan anjing liar ketika keluar berjoging.

Mangsa, Florencia Ledesma ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

Insiden ngeri itu berlaku kira-kira pukul 7 petang Isnin di Albardon berhampiran bandar San Juan di barat Argentina.

Mangsa sempat menelefon abangnya yang merupakan anggota polis, Enzo selepas diserang oleh sekumpulan anjing di kawasan sampah berhampiran rumahnya.

Abangnya bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menakutkan anjing-anjing itu dengan menembak menggunakan pistol apabila haiwan itu cuba menerkamnya.

Florencia yang merupakan pelajar kolej hampir tidak sedarkan diri dengan kesan luka gigitan di lengan, kaki dan dada semasa ambulans tiba.

Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain