suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Mayat wanita ditemui dalam beg pakaian 4 hari selepas berkahwin

Mayat Dawn ditemui dalam keadaan tragis empat hari selepas dia berkahwin.

MAYAT seorang wanita ditemui di dalam sebuah beg pakaian, hanya empat hari selepas dia berkahwin.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Dawn Walker, ditemui di kawasan Aysgarth Avenue di Lightcliffe, berhampiran Brighouse, sebuah pekan di England, pada Ahad.

Rakan-rakan yang bersedih dengan berita kematian tersebut berkata Dawn baru berkahwin pada Rabu.

Susulan penemuan mayat Dawn, seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun telah ditahan kerana disyaki membunuhnya dan kini berada dalam tahanan polis.

"Dawn seorang yang peramah dan pemurah. Dia pernah membayar barangan seorang lelaki kurang upaya semasa lelaki itu ketiadaan wang," demikian cerita rakan-rakan wanita tersebut.

Keluarga dan rakan-rakan berkongsi kesedihan mereka atas kematian Dawn di Facebook, dan menggelarkan wanita itu sebagai seorang yang cantik dan baik. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain