suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang maut, beberapa cedera dalam insiden kereta kabel terhempas

Seorang maut dan beberapa lagi cedera dalam nahas kereta kabel. foto Alamy Live News

SEORANG maut dalam nahas sebuah kereta kabel jatuh terhempas di kawasan pergunungan di Republik Czech.

Kereta kabel itu terlepas dari kabelnya dan terjatuh pada ketinggian 3,300 kaki, mengakibatkan beberapa mangsa cedera.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk memindahkan pengguna dari kabin lain.

Perkara tersebut disahkan oleh seorang jurucakap khidmat penyelamat.

Kereta kabel itu menghubungkan gunung Jested sepanjang 1,000 meter menerusi penggunaan dua kabin, masing-masing dikendalikan oleh seorang kakitangan.

Kemalangan tragis itu berlaku ketika kereta kabel terbabit dilaporkan akan diselenggara pada Isnin. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain