suria

Lelaki pakai kostum Joker serang penumpang kereta api di Tokyo, 17 cedera

Situasi kelam kabut di mana penumpang cuba menyelamatkan diri ketika serangan berlaku. Foto: Reuters

SEORANG lelaki berusia 24 tahun yang memakai kostum Joker menyerang penumpang yang menaiki kereta api ke pusat bandar Tokyo untuk sambutan Halloween, malam Ahad.

Dilaporkan seramai 17 penumpang yang tercedera dalam serangan tersebut, dengan seorang mangsa berusia 60-an tidak sedarkan diri dan kritikal akibat terkena tikaman.

Menurut saksi, penyerang juga mencurahkan cecair dan memulakan kebakaran dalam kereta api.

Kejadian berlaku di laluan ekspres Keio menuju ke Shinjuku, stesen kereta api paling sibuk di dunia, kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan).

Satu video yang dimuat naik di Twitter menunjukkan orang awam melarikan diri keluar dari kereta api sebelum letupan kecil yang menyebabkan kebakaran.

Sebuah lagi video menunjukkan penumpang bergegas keluar dari tingkap kereta api menuju ke platform.

Polis berjaya menahan penyerang berkenaan di tempat kejadian, lapor media.

Media tempatan melaporkan, suspek memberitahu pihak berkuasa bahawa dia 'mahu membunuh orang supaya boleh dijatuhkan hukuman mati'. - Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain