suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Pulau Emas’ ditemui di Sumatera, nelayan jumpa harta karun!

Antara 'harta karun' yang dikatakan ditemui nelayan di Pulau Emas.

SEKUMPULAN nelayan menemukan sebuah lokasi yang terkenal dengan khazanah emasnya di Sumatera.

Dikenali sebagai Pulau Emas, dikatakan lokasi tersebut adalah bekas tapak kerajaan yang hilang sekitar 700 tahun lalu.

Sejak lima tahun lalu, sekumpulan nelayan menjelajah Sungai Musi berhampiran Palembang menemukan harta karun yang mengejutkan di kawasan tersebut.

Antara harta karun yang ditemukan adalah batu permata, cincin emas istiadat, syiling dan loceng gangsa sami Buddha.

Setakat ini, antara penemuan paling luar biasa merupakan patung Buddha bersaiz besar dan bertatahkan batu permata dari abad kelapan yang bernilai jutaan pound.

Dilaporkan, kesemua artifak berkenaan berasal dari peradaban Srivijaya yang merupakan sebuah kerajaan kuat antara abad ketujuh dan ke-13 yang hilang secara misteri seabad kemudian.

Seorang ahli arkeologi maritim dari Britain, Dr. Sean Kingsley menyifatkan penemuan tersebut sebagai amat menakjubkan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain