suria

Ibu bapa kanak-kanak meninggal akibat Covid-19 dakwa cikgu suruh anak jadi "jururawat", bawa pelajar sakit ke bilik rawatan

Ibu Bapa Teresa, kanak-kanak yang meninggal akibat Covid-19 mendakwa guru sekolah sering meminta anaknya menghantar pelajar yang kurang sihat ke bilik rawatan.

IBU BAPA seorang kanak-kanak yang meninggal disebabkan Covid-19 minggu lalu mendakwa kematian anaknya itu berpunca daripada tindakan guru sekolah terbabit yang meminta anaknya menjadi “jururawat” dengan menghantar pelajar-pelajar yang kurang sihat ke bilik rawatan di sekolah.

Teresa Sperry, murid tahun lima Sekolah Rendah Hillpoint di Suffolk, England meninggal lima hari selepas mula mendapat simptom sakit kepala.

ARTIKEL BERKENAAN: Peluncur ombak diserang jerung, terpaksa merangkak hingga ke pantai

ARTIKEL BERKENAAN: Wanita dakwa didatangi makhluk asing, alami kecederaan pada bahagian kemaluan

Keluarganya dimaklumkan jabatan kesihatan dearah bahawa ujian calitannya positif selepas dua hari dia meninggal dunia, lapor The Virginian Pilot.

Ibu bapa Teresa mendakwa mereka sentiasa mengikut arahan yang ditetapkan bagi memastikan Teresa selamat daripada virus merbahaya itu.

Ini termasuk menghantar sendiri anak mereka ke sekolah bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti virus tersebut akibat terpaksa bersesak di dalam bas sekolah.

Namun kata mereka guru Teresa sering meminta anaknya menghantar pelajar yang kurang sihat ke bilik rawatan.

"Itu tugasnya dalam kelas," ujar Jeff Sperry, bapa Teresa.

Ibunya mendakwa Teresa juga perlu menguruskan beg serta barangan pelajar yang kurang sihat dan perlu pulang ke rumah.

"Teresa mungkin masa ada disini jika semua orang berhenti menghantar anak mereka yang tidak sihat ke sekolah," tulis Nicole Sperry, ibu Teresa di laman Facebooknya.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat dakwaan berikut.

Pihak sekolah dalan satu kenyataan berkata protokol sekolah jelas menyatakan bahawa guru kelas atau seseorang individu dewasa perlu menghubungi ibu pejabat dan maklumkan bahawa berlakunya “Code C”, dan seorang jururawat atau pentadbir akan dihantar ke kelas untuk mengambil pelajar yang kurang sihat.

Siasatan kini sedang dijalankan, ujar pihak sekolah. - The Virginian Pilot

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain