suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita parah dilanggar kereta api sedang bergerak setelah ditolak individu tidak dikenali

Tangkap layar detik-detik seorang wanita 42 tahun ditolak individu tidak dikenali sehingga mengakibatkan dia dilanggar kereta api yang sedang bergerak.

SEORANG wanita 42 tahun cedera parah apabila ditolak individu tidak dikenali sehingga mengakibatkan dia dilanggar kereta api yang sedang bergerak.

Kejadian berlaku di stesen kereta api bawah tanah Times Square pada pukul 8.05 pagi pada hari Isnin.

ARTIKEL BERKENAAN : Bekas pelakon filem lucah tikam anak umur 2 tahun, tinggalkan mayat di pusat beli-belah

ARTIKEL BERKENAAN : Peluncur ombak diserang jerung, terpaksa merangkak hingga ke pantai

Polis New York City pada hari Isnin lepas menyiarkan rakaman kamera litar tertutup yang memperlihatkan kejadian terserbut bagi memohon bantuan orang ramai menjejaki suspek.

Ketika kejadian suspek memakai baju hitam dengan head scarf berwarna biru putih dilihat bangun daripada tempat duduk dan merempuh seseorang apabila kereta api sedang menghampiri platform tersebut.

Mangsa yang dikatakan memakai beg berwarna biru dikatakan cedera parah di bahagian muka dan kaki.

Dia yang sedang menerima rawatan di hospital kini dilaporkan stabil. - storyful

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kereta api, subway, ditolak, cctv, new york

Artikel Lain