suria

Wanita dakwa didatangi makhluk asing, alami kecederaan pada bahagian kemaluan

Wanita tersebut mendakwa kejadian itu turut berulang beberapa kali sehingga dia akhirnya terpaksa berpindah rumah.

SEORANG wanita dari New York mendakwa dia pernah beberapa kali berjumpa dengan makhluk asing.

Wanita itu, Stephanie Sanchez berkata, dia kali pertama dikunjungi makhluk asing pada tahun 2014.

"Saya tinggal bersama emak saya di New York. Ketika tengah malam, saya tersedar kerana hidung saya digaru dengan kuku yang panjang," dakwanya.

Tambahnya lagi, dia melihat kelibat tinggi sedang berada berhampiran katilnya.

Dakwa Stepahnie, dia turut mengalami kecederaan pada bahagian kemaluan dalam insiden itu.

Kata Stepahnie lagi, kejadian itu turut berulang beberapa kali sehingga dia akhirnya terpaksa berpindah rumah. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain