suria

‘Antara orang terkaya Romania’ maut, tujuh lagi terkorban nahas pesawat rempuh bangunan

Dan Petrescu (gambar kecil) merupakan salah seorang daripada lapan mangsa yang maut. foto Corriere.it

SEORANG jutawan Romania merupakan salah seorang mangsa yang maut dalam nahas pesawat persendirian yang terhempas di sebuah bangunan di Milan, Itali.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan membawa dua kru dan enam penumpang.

Dan Petrescu, 68, dan isteri serta anak lelaki merupakan antara lapan individu yang terkorban dalam pesawat satu enjin itu yang merempuh bangunan dua tingkat dekat stesen kereta api bawah di San Donato, Milan pada Ahad.

Nahas berlaku sejurus selepas pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Linate di Milan.

Ia terhempas ketika dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Olbia di pulau Sardinia di Itali.

Menurut akhbar Romania, Adevarul, Petrescu dilabelkan sebagai salah seorang individu terkaya di Romania, dengan nilai kekayaan 3 bilion Euro (RM14.52 bilion). - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain