suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambil lebih daripada sepotong kek ketika majlis resepsi, pengantin tuntut tetamu bayar caj tambahan RM20.72

Tetamu itu tidak menyangka dikenakan caj tambahan kerana mengambil dua potong kek. Gambar hiasan

SEORANG tetamu sebuah majlis perkahwinan mendedahkan kisah aneh di mana dia diminta untuk membayar caj tambahan hanya kerana mengambil lebih daripada sepotong kek.

Berkongsi kisah tersebut di Reddit, tetamu itu berkata dia terkejut apabila menerima mesej daripada pengantin wanita beberapa hari selepas berlangsungnya majlis resepsi yang dihadirinya itu.

"Hey, kami melihat rakaman kamera litar tertutup dan mendapati bahawa anda mengambil dua potong kek perkahwinan.

"Kami mengumumkan bahawa tetamu mesti membayar setiap potong kek dan perasan bahawa anda hanya membayar untuk satu potong. Bolehkah anda kirimkan £3,66 (RM20.72) dengan segera?" demikian mesej yang diterima tetamu tersebut.

Dia turut memuat naik paparan mesej tersebut di laman berkenaan.

Perkongsian kisah tersebut mendapat reaksi daripada netizen namun rata-ratanya meninggalkan komen berunsur sarkastik dan menyindir pengantin berkenaan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain