suria

Bengang pengantin tak benarkan makan, jurufoto balas dendam... padam gambar album perkahwinan!

Jurufoto tersebut nekad memadam kesemua gambar yang telah dirakamnya pada majlis tersebut kerana terlalu bengang. Gambar hiasan

GARA-GARA bengang kerana tidak diberi makanan ketika bertugas di sebuah majlis perkahwinan, seorang jurugambar bertindak nekad memadam kesemua foto pengantin yang juga merupakan rakannya.

Jurugambar yang enggan dikenali itu berkongsi kisah yang dialaminya di platform Reddit.

Menurutnya itu, dia bersetuju untuk menjadi jurugambar sewaktu majlis perkahwinan rakannya itu dengan mengenakan caj $250 (RM1,046) bermula pukul 11 ​​pagi hingga 7.30 malam.

"Sekitar pukul 5 petang, makanan dihidangkan dan saya diberitahu tidak boleh berhenti makan kerana saya perlu menjadi jurugambar.

"Saya beritahu pengantin lelaki bahawa saya nak berehat seketika 20 minit untuk makan dan minum. Tiada bar terbuka atau apa-apa, saya bahkan langsung tidak dapat minum air. Dia kemudian beri pilihan sama ada saya menjadi jurugambarnya atau boleh balik tanpa dapat bayaran," tulisnya.

Kecewa dengan sikap rakannya, jurugambar itu berkata dia bertindak memadamkan kesemua gambar yang dirakamnya sebelum itu dan berlalu pergi meninggalkan majlis.

Coretan tersebut menjadi viral di Reddit dengan rata-rata netizen menyokongnya sambil mengecam sikap kurang ajar pengantin tersebut. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain