suria

Caj aneh! Wanita dikenakan bayaran tambahan RM46 sebab menangis ketika pembedahan buang tahi lalat

Wanita tersebut memuat naik bil pembedahannya di Twitter dan menjadi tular.

TIDAK dinafikan, kos untuk menjalani apa jua pembedahan agak tinggi.

Ia mengambilkira kerumitan prosedur, kecanggihan teknologi, kepakaran, rawatan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, seorang wanita di Amerika Syarikat terkejut selepas mendapati dia dikenakan caj 'aneh' pada bil rawatannya.

Wanita itu mendakwa dia dikenakan caj tambahan sebanyak $11 (RM46) kerana menangis semasa pembedahan membuang tahi lalat.

Caj 'aneh' tersebut dikategorikan sebagai emosi ringkas (brief emotion).

Terkejut dengan caj tambahan yang sangat tidak dijangka, wanita itu kemudiannya memuat naik gambar bil di Twitter.

Ciapannya menjadi tular apabila meraih sehingga 15,300 retweet selain dibanjiri dengan reaksi pelbagai daripada netizen.

Walaupun ramai terkejut dengan caj yang tidak masuk akal, ada juga di antara netizen yang mengkritik tindakan mengenakan caj tambahan kepada individu yang sakit. - Indiatimes

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain