suria

Beraninya! Lelaki tangkap buaya hanya guna tong sampah

TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki menggunakan tong sampah untuk menangkap buaya di India. — Agensi

PLATFORM media digital sentiasa menjanjikan sesuatu yang mengasyikkan buat penggunanya, malah ada juga isi kandungannya boleh dianggap sebagai pelik dan sukar diterima akal fikiran yang waras.

Tidak hairanlah, ada saja yang menggamit perhatian netizen termasuk satu kejadian yang didakwa berlaku di India menerusi satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki sedang menangkap buaya dengan hanya menggunakan tong sampah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara Apple Watch, mangsa langgar lari terselamat

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini sertai operasi pasukan penyelamat...Rupa-rupanya untuk mencari diri sendiri

Video berdurasi 52 saat itu bermula dengan tindakan lelaki berkenaan mengheret tong sampah kosong.

Kemudiannya, secara perlahan-lahan lekaki berkenaan menghalakannya ke ara buaya dan usaha dilakukannya nyata membuahkan hasil.

Paling mencuri perhatian pastinya apabila melihat kejayaan lelaki itu menangkap reptilia berbahaya itu tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan.

Video berkenaan dikongsikan di atas talian dan sudah pun ditonton lebih 14 juta kali hingga beri inspirasi kepada netizen untuk turut berkongsi pendapat di ruangan komen.

Ramai daripada penonton menghamburkan pujian atas keberanian lelaku berkenaan. - Newsable

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain