suria

Gara-gara Apple Watch, mangsa langgar lari terselamat

MUHAMMAD Fitri terselamat selepas segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan gara-gara memakai Apple Watch. — Agensi

SEORANG penunggang motosikal di Singapura harus berterima kasih kepada Apple Watch miliknya selepas jam pintarnya itu segera menelefon ambulans sejurus dia terbabit dalam kemalangan.

Pada kejadian itu, Muhammad Fitri, 24, dilaporkan terjatuh selepas motosikal dinaikinya bertembung dengan sebuah van.

Selepas mula sedar, alih-alih Muhammad Fitri hanya tahu dirinya sudah pun dikelilingi petugas kecemasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini sertai operasi pasukan penyelamat...Rupa-rupanya untuk mencari diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tapi benar, gadis 24 tahun akui suka jadi kanak-kanak

Selepas menerima panggilan, anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura bergegas ke tempat kejadian dan Muhammad Fitri terus dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.

Menurut laporan, insiden berkenaan kini sedang disiasat oleh polis dan diklasifikasinya sebagai langgar lari.

Ketika memberitahu kepada portal Lianhe Wanbao, Muhammad Fitri memberitahu, Apple Watch miliknya menghubungi bahagian perkhidmatan kecemasan dan kenalan penting termasuk teman wanitanya.

Apple Watch siri keempat boleh melaporkan sebarang hentakan dan akan menunjukkan amaran atau pun mengeluaran bunyi.

Jika tiada sebarang pergerakan sekurang-kurangnya satu minit, peranti berkenaan akan menghubungi bahagian kecemasan dan kenalan tertentu. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain