suria

Anak baru tujuh tahun, tapi ibunya kenakan caj sewa bulanan

WANITA ini mempunyai alasan tersendiri apabila mengenakan sewa bulanan terhadap anaknya. — Agensi

SETIAP orang mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak dan pasti terselit alasan di sebalik pendekatan yang diambil.

Berbicara mengenai penjagaan anak, seorang ibu menimbulkan perdebatan selepas berkongsi cara berbeza dengan mengenakan caj bulanan terhadap anak lelakinya yang berusia tujuh tahun.

Menerusi akaun @craftedandcrazy di TikTok, wanita yang tidak dinamakan itu menyuruh anaknya membayar sewa dan caj elektrik pada setiap hujung bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi basikal elektrik, ibu dua anak maut terlanggar bahu jalan

ARTIKEL BERKAITAN: "Hanya kanvas kosong..." Pelukis curi duit muzium, anggap perbuatan itu satu karya

Wanita berkenaan menjelaskan yang anaknya faham sebahagian daripada wangnya diperuntukkan untuk membayar bil manakala bakinya adalah hak mutlak untuk kegunaannya sendiri.

Namun sebelum ada yang membuat kesimpulan tentang apa yang dilakukan, wanita berkenaan sudah pun tampil dengan penjelasan dan apa yang diperkatakan agak masuk akal.

“Saya mempunyai anak berusia tujuh tahun. Dia ada senarai tugas yang perlu diselesaikan setiap hati. Jika berjaya, dia akan mendapat wang setiap hari,” kata wanita dari Florida itu.

“Di hujung bulan, dia sedar yang dia ada bil yang perlu dibayar. Dia menyewa, dia ada tanggungan menggunakan elektrik di biliknya dan dia juga perlu bayar bagi penggunaan iPad," katanya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak terus ‘masuk poket’ wang diperolehi sebaliknya memasukkan ke dalam akaun milik anaknya.

“Saya tidak buat apa pun dengan duitnya tetapi meletakkannya semula ke dalam akaun simpannya.

“Ini akan mengajar dia erti tanggungjawab dan menghargai wang. Saya sangat gembira dengan hasilnya dan semoga ia dapat membantu anda juga,” katanya.

Tindakan wanita berkenaan turut mendapat pujian daripada orang ramai yang menyifatkan cara itu dapat mengajar anak-anak menghargai wang dan tidak perlu risau lagi tentang tekanan kewangan pada masa akan datang. — Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

anak, ibu, sewa bulanan

Artikel Lain