suria

Buaya gergasi makan buaya dianggarkan 6 kaki panjang

Tangkap layar video seekor buaya besar sedang menelan buaya kecil di Selatan Carolina.

TULAR sebuah video menunjukkan seekor buar besar berwarna hijau sedang menelan seekor lagi buaya yang lebih kecil

Video tersebut dikongsikan seorang pengguna sosial media Taylor Soper di laman Twitternya.

Soper memberitahu USA TODAY bahawa video terbabit dirakam ayahnya di daerah Horry, Selatan Carolina, pada hari Khamis lepas.

ARTIKEL BERKENAAN: Ambil lebih daripada sepotong kek ketika majlis resepsi, pengantin tuntut tetamu bayar caj tambahan RM20.72

ARTIKEL BERKENAAN: Tabiat pelik! Lelaki telan barangan logam sejak berhenti minum alkohol, doktor keluarkan lebih 1kg skru, paku dari perut

Menurut Soper, buaya kecil yang sedang dimakan itu dianggarkan berukuran enam kaki panjang.



Tangkap layar daripada video yang dikongsikan Soper.

Soper yang bekerja dalam bidang insuransa berkata ayahnya bersendirian apabila dia terlihat aksi buaya-buaya tersebut.

Menurut Soper, mereka sekeluarga juga percaya bahawa buaya kecil yang dimakan itu adalah buaya yang sama yang mereka jumpa minggu lepas, sedang menelan seekor lagi buaya yang lebih kecil daripadanya.

Soper berkata, ayahnya terkejut melihat kejadian tersebut apatah lagi ini bukan kali pertama ia berlaku.

"Saya sangat terkejut.

"Itu dinasour," katanya. - USA TODAY

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

buaya, makan, 6 kaki, tular, twitter

Artikel Lain