suria

Kempen bubar jabatan polis makin jadi realiti, pungutan suara November jadi penentu

Jabatan Polis Minneapolis menjadi tumpuan sejak tahun lepas selepas kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam yang meninggal dunia akibat keganasan polis.

KES kematian lelaki berkulit hitam George Floyd akibat keganasan polis Minneapolis pada tahun lalu ternyata memberi kesan besar terhadap pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS).

Insiden itu menyebabkan rusuhan tercetus selama beberapa bulan di AS terutamanya di kawasan penduduk berkulit hitam selepas rakaman mangsa dikasari seorang anggota polis berkulit putih tersebar di media sosial.

Malah kematian Floyd juga menjadi inspirasi sehingga menghidupkan kembali kempen Black Lives Matter yang sebelum ini diwujudkan untuk menghentikan keganasan dan perkauman polis terhadap orang kulit hitam.

ARTIKLE BERKAITAN: Geng antivaksin dipersalahkan jadi punca peningkatan kes Covid-19

ARTIKLE BERKAITAN: Berhabis duit cecah RM20k sebulan demi pastikan anak terus hidup

Selain itu, satu kempen turut diwujudkan untuk menggesa kerajaan membubarkan pasukan polis Minneapolis dan usaha itu semakin direalisasikan apabila Majlis Perbandaran Minneapolis meluluskan sesi pungutan suara dijalankan dalam kalangan penduduk di bandar itu pada November ini.

Sesi pungutan suara itu bagi menentukan keperluan untuk meminda Perlembagaan bandar itu bagi membubarkan Jabatan Polis Minneapolis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kempen yang dinamakan sebagai Yes 4 Minneapolis, kini berjaya mengumpul dana hampir AS$1 juta (RM4.22 juta) bagi memastikan pasukan polis Minneapolis dibubarkan dan digantikan dengan Jabatan Keselamatan awam.

Setakat ini Yes 4 Minneapolis telah berjaya mengumpul sebanyak AS$983,000 dengan dana terbesar disumbangkan oleh MoveOn.Org, sebuah kumpulan advokasi bersayap kiri.

Selain itu mereka turut mendapat sumbangan daripada beberapa daerah lain seperti San Francisco, Seattle, Washington D.C dan New York City.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain