suria

Wanita dakwa UFO mendarat di belakang rumahnya

Objek itu turut dipenuhi dengan batu dan air sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

MISTERI mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO) masih lagi menjadi teka-teki ramai sehingga ke hari ini.

Terbaharu, seorang wanita berkongsi video di TikTok, mendawak objek berbentuk disc mirip UFO mendarat di kebun di belakang rumahnya.

Ally Murray dari Arizona, Amerika Syarikat (AS) turut membawa penonton untuk melihat objek itu dengan lebih dekat menerusi video yang sehingga kini sudah meraih 2.5 juta tontonan.

"Jika ada sesiapa dari TikTok teori konspirasi, saya rasa anda akan tertarik dengan UFO yang ditemui di belakang rumah saya," kata wanita itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Objek itu turut dipenuhi dengan batu dan air sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Malah, ada yang mendakwa terdapat sesuatu yang berkelipan seperti mata pada permukaan air dalam UFO itu. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain