suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ujian pengesanan Covid-19 guna robot anjing, tindakan polis Amerika terhadap gelandangan dipersoal

Ada pihak yang kurang senang dengan kaedah itu yang mendakwa ia bersifat agresif, menceroboh peribadi golongan gelandangan dan tidak berperikemanusiaan.

POLIS di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat kini menggunakan robot anjing 'Spot' untuk mengimbas badan gelandangan dalam usaha mengesan virus Covid-19.

Menurut laporan AP, polis Honolulu melakukan eksperimen menggunakan robot empat kaki itu dan mengakui ia sama sahaja seperti penggunaan dron mahupun robot beroda yang digunakan oleh pasukan kecemasan.

Kaedah ini digunakan di sebuah bandar berdekatan lapangan terbang yang mana populasinya dipenuhi golongan gelandangan.

Selain menguji suhu badan gelandangan, robot itu juga digunakan untuk berkomunikasi dengan mereka yang disahkan positif Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, ada pihak yang kurang senang dengan kaedah itu yang mendakwa ia bersifat agresif, menceroboh peribadi golongan gelandangan dan tidak berperikemanusiaan.

Namun, pihak berkuasa ada penjelasan tersendiri dan menyifatkan penggunaan kaedah itu adalah selamat dan tidak menakutkan.

"Setakat ini, kami tak jumpa sesiapa yang menganggap ia menakutkan atau membimbangkan. Kita bukan sesuka hati pergi imbas suhu badan orang," ujar Leftenan O'Neal dalam satu kenyataan. - India Times.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain