suria

Berhabis duit cecah RM20k sebulan demi pastikan anak terus hidup

Aria Hodgkiss menghidap DIPG iaitu sejenis barah otak yang jarang berlaku. — AGENSI.

SEPASANG suami isteri dari Rhostyllen, Wales sanggup berhabis £4,000 (RM19,800) setiap bulan bagi memastikan puteri kesayangan yang menghidapi kanser otak menjalani rawatan terbaik untuk terus bertahan.

Pakar mengesahkan Aria Hodgkiss, 3, menghidapi Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) iaitu sejenis barah otak yang jarang berlaku dan ia tidak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan kimoterapi.

Memetik laporan Mirror, disebabkan Aria hanya diberikan rawatan radioterapi intensif selama tiga minggu sebagai usaha mengurangkan tumor, ibunya, Melanie Hodgkiss sentiasa berusaha mencari alternatif lain buat anaknya.

Berkongsi kisah itu, Melanie berkata, dia mula menyedari perubahan anaknya pada September tahun lalu dan sejak itu kehidupan mereka sekeluarga mula berubah.

“Pada April lalu, doktor mendapati terdapat sejumlah cecair yang banyak di otak Aria namun keadaannya masih lagi aktif ketika itu. Selepas menjalani rawatan membuang cecair, Aria menjalani biopsi sebelum disahkan menghidap DIPG.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Ketika itulah doktor menasihatkan kami untuk meluangkan masa sebaik mungkin dengan Aria kerana doktor meramalkan anak kami cuma ada masa sembilan hingga 12 bulan,” katanya.

Melanie memberitahu, rawatan termahal yang pernah dijalani anaknya selama lima minggu adalah ONC201 iaitu ubat barah dari Jerman.

“Ia diciptakan untuk pesakit dewasa namun kami terpaksa hentikan pengambilan ubat ini kerana kami perlu membayar sekurang-kurangnya £4,000 sebulan untuk dapatkan ubat ini,” kataya.

Sejak itu, Melanie memberitahu dia enggan berputus asa dan sentiasa berusaha mencari penawar untuk anaknya melalui kajian-kajian di internet yang memaparkan kisah dan pengalaman sama seperti anaknya.

“Terdapat kes-kes seorang kanak-kanak dari Australia masih bertahan hingga lima tahun tanpa menjalani radioterapi dan hanya amalkan minyak herba.

“Kami mengikuti perkembangan kanak-kanak ini, semua minyak yang diamalkan akan kami berikan kepada Aria,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

kanser, anak, duit, perubatan

Artikel Lain