suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu luah rasa kecewa, anak autistik digari pihak sekolah

Wanita itu melihat anaknya digari dan diletakkan di atas meja seperti seorang penjenayah ketika dia tiba ke sekolah.

SEORANG wanita menyelar tindakan sebuah sekolah yang menggari anaknya yang juga seorang kanak-kanak austistik pada hari pertama persekolahan.

Menurut Sharron Faiq, 51, kakitangan sekolah memanggil polis selepas anaknya, Rayan yang berusia 12 tahun menolak petugas kantin yang meminta dia menukar kasut sukan yang dipakai biarpun ia dibenarkan oleh pihak akademi itu.

Ujar wanita itu, dia melihat anaknya digari dan diletakkan di atas meja seperti seorang penjenayah ketika dia tiba ke sekolah.

"Pihak sekolah maklumkan ada masalah. Saya ke sana dan lihat Rayan digari di atas meja, dilayan seperti penjenayah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sukar untuk saya percaya. Rayan masih kecil. Petugas kantin tak tahu Rayan kanak-kanak istimewa, tapi pihak sekolah pastinya tahu.

"Mereka bertindak berlebih-lebihan dan memangggil polis. Saya tak percaya ia berlaku pada hari pertama persekolahan," ujarnya yang menetap di Ollerton, England.

Dia turut berkongsi kekesalan itu menerusi laman Facebook. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain