suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita mengadu sakit, rupa-rupanya 37 tahun kepingan plastik permainan tersumbat di hidung

Mary menunjukkan kepingan plastik permainan yang tersekat dalam hidungnya. foto Stacy Squires/ Stuff

SEORANG wanita yang sering mengadu hidungnya sakit mendapati terdapat kepingan plastik permainan tersekat dalam hidungnya selama 37 tahun.

Mary McCarthy kemudian teringat dia pernah melekatkan kepingan permainan itu di dalam hidungnya sewaktu kecil, pada 1984.

Dia menyedut sekeping plastik kuning, namun kemudian takut untuk memberitahu ibunya.

Wanita warga New Zealand berusia 45 tahun itu berkata, dia bimbang apabila lubang hidungnya 'selalu berair' dan keadaan bertambah buruk.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kesakitan yang dialaminya bertambah teruk apabila menjalani ujian saringan Covid-19, sebelum dia mendapat bantuan perubatan.

Dia menjalani pembedahan dan pakar bedah terkejut apabila mengeluarkan sekeping plastik permainan yang tersekat dalam hidungnya sejak dia berusia lapan tahun.

Selepas pembedahan tersebut, Mary kini menjalani kehidupan lebih baik dengan pernafasan yang lebih selesa. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain