suria

Tragedi ketika bercuti... remaja nyaris maut digigit labah-labah berbisa

Tannetta terpaksa menjalani pembedahan akibat digigit serangga tersebut.

SEORANG remaja nyaris maut gara-gara digigit seekor labah-labah berbisa ketika bercuti di United Kingdom.

Abby Tannetta, 18, menginap di karavan milik ibu bapanya di Cardigan Bay Holiday Park untuk meraikan sempena tamat pengajiannya.

Tidak semena-mena sewaktu bangun daripada tidur, dia merasai kesakitan pada bahagian rusuk di bawah lengannya.

Matanya terlihat seekor labah-labah besar berhampiran tempat tidurnya, lalu dia segera berlari keluar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ia sangat sakit dan makin menjadi-jadi. Saiznya juga bertambah besar, berwarna kemerahan, gatal dan sakit sehingga saya tidak dapat menggerakkan lengan atau tidur mengiring.

"Saya juga alami rasa pening dan lemah, kepanasan, dan saya merasa jantung berdegup kencang.

"Saya pengsan ketika doktor bertungkus lumus mahu melakukan pembedahan tetapi syukurlah pembedahan berjaya.

"Jika tidak, saya mungkin menderita sepsis yang berisiko menyebabkan kematian," kata remaja itu. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain