suria

Lelaki kunyah ular berbisa mentah-mentah, dakwa penawar Covid-19

Video seorang lelaki mengunyah ular berbisa menjadi tular di media sosial.

SEORANG lelaki dari daerah Madurai di Tamil Nadu, India menjadi perhatian selepas videonya mengunyah seekor ular kononnya sebagai penawar untuk Covid-19, tular di media sosial.

Lelaki berusia 50 tahun itu dikatakan mengunyah mentah-mentah seekor ular yang dikategorikan sebagai ular berbisa.

Dia yang dikenali sebagai Vadivelu dan merupakan seorang pegawai jabatan pertanian bagaimanapun bernasib baik kerana tidak menggigit kelenjar racun haiwan berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut laporan, lelaki tersebut mabuk ketika memakan haiwan berkenaan.

Dikatakan, dia dipujuk oleh beberapa individu untuk memakan ular yang ditemui di longkang dan menghasutnya agar memberitahu bahawa haiwan itu penawar bagi Covid-19.

Selepas video itu menjadi tular, lelaki tersebut ditahan dan didenda Rs 7,000 (RM400). - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain