suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar kelawar terbang dalam kabin, pesawat terpaksa berpatah balik

Seekor kelawar terbang dalam kabin pesawat. foto Tahir Ibn Manzoor

SEBUAH pesawat India terpaksa berpatah balik ke New Delhi selepas para penumpang menemui seekor kelawar di dalam kabin.

Satu rakaman menunjukkan seekor kelawar terbang sekitar kabin, menimbulkan ketakutan dalam kalangan penumpang.

Pesawat Air India itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandhi di New Delhi sebelum kru kabin melaporkan kehadiran kelawar itu kepada kepada juruterbang, kira-kira sejam penerbangan.

Pegawai DGCA berkata: "Ketika berlepas, difahamkan kru kabin menemui seekor kelawar di dalam kabin.

"Petugas hidupan liar dipanggil untuk menangkap dan membawa haiwan itu.

"Pesawat itu mendarat dengan selamat, kira-kira pukul 3.55 pagi," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jurucakap Air India memberitahu, haiwan berkenaan kemungkinan datang dari kenderaan pihak ketiga seperti penghantaran katering.

Pasukan hidupan liar kemudian menemui kelawar berkenaan di kelas perniagaan, pada kerusi nombor lapan. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain