suria

Ibu mengadu sakit belakang, seminggu kemudian terus lumpuh separuh badan

Ramai turut bersimpati dan menghulurkan wang kepadanya menerusi tabung GoFundMe untuk menampung kos rawatan.

MALANG nasib wanita dari United Kingdom (UK) ini apabila dia dimasukkan ke hospital pada hari ulang tahun kelahiran pertama anaknya, Februari lalu.

Menurut Zoe Fox, 36, dia mengalami sakit belakang dalam tempoh seminggu sebelum dimasukkan ke hospital dan menjalani imbasan sebelum disahkan mengalami slipped disc.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi kejadian itu, dia diberitahu kemungkinan akan lumpuh seumur hidup jika lambat mendapatkan rawatan.

Malah kata wanita itu, dia sedih kerana jatuh sakit ketika pandemik Covid-19 sedang melanda.

Dalam pada itu, ramai turut bersimpati dan menghulurkan wang kepadanya menerusi tabung GoFundMe untuk menampung kos rawatan.

Menurut Zoe lagi, dia dibantu oleh suaminya yang kini banyak menguruskan anak perempuan mereka. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain