suria

Serangan ke atas Gaza berterusan selagi perlu, kata PM Israel... angka korban rakyat Palestin kini cecah 145 orang termasuk 41 kanak-kanak

Kebakaran dari Menara Andalus Tower yang musnah dalam serangan Israel di Bandar Gaza, awal pagi Ahad waktu tempatan. foto AFP

SERANGAN Israel ke atas Semenanjung Gaza memasuki hari ketujuh berturut-turut pada Ahad, dengan serangan udara ke atas kem pelarian, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin termasuk lapan kanak-kanak.

Selain itu, ia juga memusnahkan sebuah bangunan tinggi yang menempatkan pejabat organisasi media, termasuk Al Jazeera.

Menerusi ucapan yang disiarkan di TV, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu, Israel akan terus menyerang Gaza 'selagi yang diperlukan'.

ARTIKEL BERKAITAN: Israel serang pejabat media di Gaza, bangunan 12 tingkat runtuh

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Israel cabul undang-undang antarabangsa, Muhyiddin harap serangan zalim ke atas Palestin dihentikan segera

Rakyat Palestin pada Sabtu berhimpun di Tebing Barat bagi membantah tindakan Israel yang melancarkan serangan ke atas Gaza.

Sekurang-kurangnya 145 rakyat Palestin, termasuk 41 kanak-kanak, terbunuh, manakala seramai 950 yang lain cedera di Semenanjung Gaza, sejak Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, serangan tentera Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin di Tebing Barat.

Menurut wartawan Al Jazeera, Safwat al-Kahlout, jet Israel melakukan 150 serangan udara di Semenanjung Gaza, termasuk sekurang-kurangnya 60 serangan udara di Bandar Gaza, awal pagi Ahad, waktu tempatan.

Memetik pegawai di Hospital al-Shifa, al-Kahlout berkata, seorang doktor rakyat Palestin bersama isteri dan lima anaknya maut dalam serangan terbaharu oleh Israel.

Pasukan kecemasan percaya ramai keluarga terperangkap dalam runtuhan kediaman yang musnah.

Al-Kahlout berkata, Kementerian Kesihatan memaklumkan ramai rakyat Palestin hadir dalam keadaan cedera di beberapa hospital. - Al Jazeera

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain