suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beca bermotor jadi ambulans bawa pesakit Covid-19, dilengkapi sokongan oksigen

Perkhidmatan ambulans menggunakan beca bermotor untuk membawa pesakit Covid-19 bergejala ringan ke hospital. foto Reuters

KES Covid-19 terus melonjak di India menyebabkan keadaan di negara itu semakin tidak terkawal.

Dalam usaha untuk memerangi wabak itu, pesakit yang mengalami gejala ringan dan memerlukan sokongan oksigen boleh menghubungi auto ambulans untuk ke hospital.

Perkhidmatan ambulans secara percuma di Delhi untuk pesakit Covid-19 dilancarkan oleh Ahli Parlimen Parti Aam Aadmi, Sanjay Singh di mana inisiatif itu dengan kerjasama Yayasan TYCIA.

Kenderaan beca bermotor itu dilengkapi dengan tong oksigen, cecair sanitasi dan pemandu 'ambulans' memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mengenai perkhidmatan itu, Sanjay berkata, ia disediakan secara percuma dan pihaknya akan menambah lebih banyak kenderaan untuk orang ramai mulai 6 Mei.

Tambah beliau, khidmat ambulans itu bertujuan untuk memastikan pesakit yang mengalami gejala ringan dan mempunyai paras oksigen antara 85 hingga 90 boleh tiba ke hospital berdekatan tepat pada masanya. - India Times

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain