suria

Lelaki bersenjata pisau ceroboh masuk Istana Buckingham sebelum minta guna tandas

Seorang lelaki ditahan selepas menceroboh masuk Istana Buckingham. foto AFP

SEORANG lelaki bersenjatakan pisau menceroboh masuk Istana Buckingham di London, United Kingdom, sebelum meminta kebenaran daripada pengawal keselamatan untuk menggunakan tandas.

Lelaki berkenaan, Chorrie Thompson, 46, ditahan polis selepas memasuki kediaman diraja Britain pada 15 April.

Dia terlepas masuk melalui pintu pagar selepas sebuah kenderaan masuk ke kediaman diraja.

Lelaki itu kemudian dilihat berkeliaran dalam kawaan premis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pendakwa Mike Mullin memberitahu Mahkamah Majistret Westminster: "Dia memberitahu mahu menggunakan tandas dan bila permintaannya itu ditolak, di menjadi agresif dan melemparkan beberapa dokumen yang dipegangnya ke lantai.

"Dia hanya berada di sana selama 10 hingga 15 saat sebelum beredar."

Setibanya polis di tempat kejadian, Thompson didapati membawa pisau jenis Stanley.

Thompson kemudian mengaku bersalah memiliki jenis pisau dan menceroboh kawasan yang dilindungi.

Ketua majistret, Paul Goldspring berkata, Thompson berdepan hukuman penjara minimum enam bulan, tetapi menangguhkan hukuman hingga 28 Mei bagi menunggu laporan pra-hukuman dan psikiatri. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain