suria

Ditinggalkan kekasih kerana terlalu kurus, wanita hidap kanser kembali sihat... kini jadi model

Dia didiagnos dengan kanser pundi kencing pada tahun 2018.

TATKALA dia menghidap kanser sehingga tubuh badan menjadi kurus, wanita ini ditinggalkan oleh teman lelakinya.

Kini, Stephanie Pilipovich bukan sahaja sudah kembali sihat, malah dia juga sudah bergelar seorang model.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia sebelum ini sempat menyertai pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) sebelum didiagnos dengan kanser pundi kencing pada tahun 2018.

"Biasanya kanser pundi kencing berlaku terhadap wanita umur 60 ke 80 tahun.

"Kerana rawatan, saya jadi kurus. Bekas kekasih kata saya terlalu kruus dan saya dapati dia curang dengan orang lain," imbasnya.

"Saya ambil masa untuk ubah semula fizikal badan selepas pembedahan," ujarnya lagi. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain