suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut selepas mulut disumbat daging kebab ketika tertidur, dua beradik didakwa membunuh

Clark termuntah dan rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Foto: BTP

SEPASANG adik beradik didakwa atas tuduhan membunuh seorang lelaki dengan menyumbat daging kebab ke dalam mulut mangsa.

Ketika kejadian yang berlaku pada 2 Mac 2019 itu, mangsa, David Clark yang berusia 56 tahun tertidur kerana mabuk sewaktu berada di dalam kereta api bersama dua beradik berkenaan, David Noble, 34, dan Nicole Cavin.

Mangsa kemudian terus muntah dan terjaga daripada tidur tetapi akhirnya rebah ketika dia cuba berdiri.

Cavin yang bekerja sebagai seorang pengasuh ketika itu cuba mengeluarkan sisa-sisa daging kebab dari mulut mangsa.

Ketika pasukan paramedik tiba, mereka mengeluarkan lebih banyak sisa makanan daripada kerongkong mangsa.

Clark dikejarkan ke hospital, namun dia meninggal dunia pada hari berikutnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mahkamah diberitahu bahawa suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain.

Noble dan Cavin akan dijatuhkan hukuman di Preston's Nightingale Court dalam perbicaraan akan datang. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain