suria

Sayu... anak terdesak beri bantuan pernafasan mulut ke mulut demi ibu dijangkiti Covid-19

Seorang anak cuba memberi bantuan pernafasan dair mulut ke mulut buat ibunya di sebuah hospital di India. foto Jam Press/Newslions

SEORANG anak terdesak memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut bagi menyelamatkan nyawa ibunya yang positif Covid-19.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di sebuah hospital di utara Uttar Pradesh, India pada Sabtu.

Menerusi satu rakaman, seorang wanita tua yang dijangkiti virus itu terlantar dalam keadaan tidak bermaya di atas tandu, di samping dua anak perempuannya.

Klip itu kedengaran orang awam mengadu mengenai kekurangan oksigen dan juga kekurangan kakitangan di hospital, susulan negara itu kini berdepan dengan gelombang besar Covid-19.

Pegawai perubatan kecemasa, Ahtisam Ali berkata, wanita itu tiba di hospital dalam keadaan termengah-mengah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut laporan Tribune India, Pengetua Maharaj Suheldev Medical College AK Sahni mendakwa ahli keluarga wanita memberitahu bahawa pesakit sedang nazak.

Malangnya, wanita itu telah meninggal dunia ketika didatangi kakitangan perubatan untuk merawatnya.

AK Sahni menafikan kekurangan oksigen di hospital, sambil menambah: "Anak perempuan wanita yang meninggal itu sedang beremosi ketika memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut."

Menurut data rasmi, India mencatatkan lebih 300,000 jangkitan Covid-19 setiap hari untuk hari ke-12 berturut-turut pada Isnin. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain