suria

Guru baik hati tawar perkhidmatan hantar pesakit Covid-19 secara percuma, siap pakai PPE!

Dattatraya Sawant menggunakan motosikal roda tiga miliknya untuk menghantar pesakit Covid-19. Foto: India.com

KETIKA pandemik Covid-19 sedang 'mengganas' di India, ramai individu berhati mulia tampil menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Begitu juga dengan seorang guru di Mumbai ini yang tampil membantu dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran pesakit Covid-19 dari hospital ke rumah secara percuma.

Dattatraya Sawant, seorang guru Bahasa Inggeris menggunakan motosikal roda tiga miliknya untuk tujuan berkenaan.

Dia mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai alat PPE, memastikan kebersihan yang tinggi dan lain-lain.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya menghantar pesakit ke Pusat Penjagaan Covid-19 dan hospital secara percuma, dan juga membawa pesakit yang keluar dari hospital dan Pusat Covid ke rumah masing-masing," kata Sawant kepada media tempatan.

Setakat ini, Sawant telah menawarkan perkhidmatan percuma kepada 26 pesakit Covid-19. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain