suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi lelaki diberi nama Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl, nama panggilan pula ‘Konsonan’... idea daripada datuk

Nama unik itu diputuskan oleh datuk kepada bayi berkenaan. Gambar hiasan

SEBUAH keluarga dari Filipina menamakan bayi lelaki mereka yang baharu dilahirkan dengan nama Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl Mampuan Buscato.

Menurut laporan, nama yang sukar disebut dan juga ejaannya diputuskan oleh datuk bayi berkenaan, Raugyl Ferolin Estrera yang berasal dari Carmen, Cotabato.

Nama yang dipilih begitu sukar sehingga pegawai yang memproses sijil kelahiran bayi itu terpaksa mencetak semula dokumen tersebut kerana mereka melakukan kesalahan dalam ejaan namanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagi memudahkan setiap orang, Estrera turut memberikan nama panggilan kepada cucunya sebagai 'Konsonan'.

Bercakap kepada media, Estrera menjelaskan bahawa pemilihan nama cucunya iaitu 'Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl' dibentuk dengan menggabungkan beberapa huruf daripada namanya dan juga nama ayah, ibu, dan nenek kepada bayi tersebut. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain