suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita gempar temui lubang rahsia di bilik tidur, laluan ke tempat perlindungan bawah tanah

Jennifer berkongsi video penemuan lubang rahsia di bilik tidurnya, menerusi aplikasi TikTok. foto kitty_girl_california/Youtube)

SEORANG wanita digemparkan dengan penemuan sebuah lubang di bilik tidurnya, di mana ia merupakan laluan ke tempat perlindungan bawah tanah.

Jennifer Little, dari California, Amerika Syarikat (AS) mendapati ia juga merupakan laluan ke sebuah kedai makanan yang terbiar.

Dia menemui bekas tempat perlindungan bom dari zaman Perang Dingin ketika mahu memindahkan perabot di sekitar rumahnya.

Terdapat dua katil dan tempat membuang air kecil di ruang yang menyeramkan itu.

Dia merakamkan keadaan tempat perlindungan yang terbiar itu, dipenuhi dengan bekalan makanan yang berdebu.

Penemuan tersebut dikongsikannya menerusi aplikasi TikTok.

"Ini merupakan bilik simpanan kering untuk tempat perlindungan bom," kata Jennifer.

Video yang dikongsikan Jennifer meraih berjuta tontonan di TikTok. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain