suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Joe Biden tersungkur di tangga pesawat, apa sebenarnya yang berlaku?

Video itu kini tersebar luas di media sosial termasuk Twitter.

SATU rakaman yang memaparkan Presiden Amerika Syarikat (AS) terjatuh sewaktu menaiki tangga pesawat pada Jumaat lalu, tular.

Dalam rakaman itu, Joe Biden, 78, sedang bersendirian di atas tangga pesawat Air Force sebelum dia tersungkur sebanyak tiga kali.

Dia dilihat turut berhenti seketika sebelum menggosok bahagian lutut dan meneruskan perjalanan ke dalam pesawat.

Sewaktu kejadian, Biden sedang dalam perjalanan dari Pangkalan Tentera Udara Andres di Maryland ke Atlanta, Georgia.

Dalam pada itu, White House dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan keadaan Biden baik-baik sahaja.

Video itu kini tersebar luas di media sosial termasuk Twitter. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain