suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki buat terjunan bungee ‘rare’, pasang cangkuk tali pada punggung

Cangkuk tali dipasangkan pada punggungnya yang bertindik. Foto: Newsflash

SEORANG lelaki penggemar sukan lasak membuat netizen tergamam apabila melakukan aksi terjunan bungee (bungee jumping) yang sangat 'rare' dan berani baru-baru ini.

Tidak seperti penerjun bungee lain, lelaki ini sebaliknya mencipta kelainan apabila memasang cangkuk tali bungee pada bahagian punggungnya yang ditindik.

Video lelaki tersebut dirakam di Saint Petersburg, Rusia pada 16 Mac lalu.

Ia menunjukkan beberapa lelaki memasangkan cangkuk tali bungee pada punggung penerjun berkenaan yang sedang bertenggek dan bersedia melakukan terjunan.

Sekurang-kurangnya empat tali bungee dicangkuk pada punggungnya.

Dia kemudian dengan beraninya terus melakukan terjunan daripada ketinggian 27 meter.

Video itu dikongsikan di saluran Telegram dengan kapsyen: "Penggemar sukan lasak Saint Petersburg ingin merasai seluruh sensasi kesakitan". - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain