suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara lampin dah habis, staf taska selamba guna pen marker tulis nota di perut budak

Nota yang ditulis pada perut seorang kanak-kanak lelaki. foto Facebook/ Mirror

SEORANG ibu tunggal berang apabila kakitangan taska meninggalkan pesanan dengan menulis menggunakan pen marker pada perut anaknya.

Ibu kepada dua anak itu, Heather menemui satu nota pada badan anak lelakinya, Milio, ketika mahu menukarkan lampin.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, dia mendakwa taska terbabit meletakkan laporan harian di kedua-dua kotak makanan anak-anaknya.

Laporan tersebut bagi memaklumkannya tentang bagaimana kelakuan anak-anaknya pada hari berkenaan, termasuk sama ada diperlukan lebih lampin atau tisu ke taska.

Menurut laporan Kidspot, ibu yang berasal dari Amerika Syarikat itu terfikir dia mungkin terlepas pandang nota pada hari sebelumnya, mengenai anaknya memerlukan lebih lampin selepas menemui satu nota besar yang ditulis dengan pen market pada perut anaknya.

"Ibu, saya dah kehabisan lampin. Sila baca laporan saya," menurut nota yang ditulis di perut anak lelakinya.

Menurut Heather, meskipun kakitangan Taska berkeras mahu meletakkan nota, mereka sepatutnya boleh melakukannya pada lampin sendiri, dan bukan pada kulit anaknya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata ibu terkejut dan antaranya menggesa Heather supaya melaporan aduan berhubung kejadian.

"Buat laporan! Sangat tidak wajar. Saya marah bagi pihak anda!" komen seorang ibu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain