suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelik tapi benar, sampel ais krim di China diuji positif Covid-19

Produk makanan itu dihasilkan oleh sebuah syarikat yang mana kesemua keluaran mereka telah disita.Getty Images/iStockphoto

KITA semua pastinya risau sekiranya diri sendiri dijangkiti wabak Covid-19.

Malah sebelum ini, turut diperkatakan mengenai jangkitan wabak itu terhadap haiwan.

Kali ini, satu berita yang agak aneh sedang diperkatakan di China selepas tiga sampel ais krim yang dihantar untuk ujian disahkan positif Covid-19.

Sampel berkenan dihantar ke pusat kawalan penyakit pada awal minggu ini sebelum ujian mendapati ia dicemari wabak berkenaan.

Malah, pihak berkuasa di utara Tianjin kini sedang mengesan individu yang mempunyai kontak dengan makanan berkenaan.

Produk makanan itu dihasilkan oleh sebuah syarikat yang mana kesemua keluaran mereka telah disita.

Menurut laporan SkyNews, ais krim syarikat itu menggunakan bahan dari New Zealand dan serbuk diimport dari Ukraine.

Kesemua 1,662 pekerja syarikat makanan itu juga telah diasingkan dan menjalani ujian pada 14 Januari. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain