suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghantar barang kantoi berak di luar rumah pelanggan selepas serah bungkusan

Rakaman CCTV menunjukkan penghantar barang baru selesai membuang air besar di luar rumah pelanggan. foto MEN

SEORANG lelaki berang apabila seorang penghantar barang membuang air besar di luar rumahnya di Manchester, United Kingdom.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku sejurus selepas penghantar barang berkenaan menghantar satu bungkusan.

Tuan rumah, Darren Passman, 46, berkata, dia terpaksa membersihkan kekotoran yang disebabkan oleh lelaki yang tidak dikenali itu.

Rakaman itu menunjukkan lelaki berkenaan mencangkung di luar tingkap ruang tamu selepas membuat penghantaran bungkusan.

Selepas membuang air besar, lelaki tersebut bangunan dan beredar selepas melihat keadaan sekeliling.

Bercakap kepada Manchester Evening News, Darren berkata: "Dia berjalan sekeliling, mencangkung dan membuang air besar.

"Saya keluar rumah dan periksa. Siapa yang sanggup buat macam tu? Menjijikkan," katanya.

Selepas membuat aduan kepada syarikat servis penghantaran, Darren yang merupakan jurutera itu ditawarkan baucar tunai, hamper Krismas dan langganan saluran TV percuma selama setahun. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain