suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekerja dari bilik kecil, wanita ini hasilkan anak patung guna baju pesakit korban Covid-19

Erendira Guerrer menghasilkan anak patung menggunakan baju pesakit Covid-19 yang telah meninggal dunia. -foto AP

KERANA Covid-19, ramai yang terpaksa mengucapkan 'selamat tinggal' kepada orang tersayang tanpa dapat bertemu dengan mereka di hospital.

Wanita berusia 55 tahun, Erendira Guerrero yang sebelum ini menjahit pelitup muka, menghasilkan anak patung menggunakan baju kepunyaan mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Dia yang berasal dari Ciudad Juarez, Mexico itu melakukannya bagi mengubati kesedihan mereka di atas pemergian itu.

Menggunakan baju pesakit Covid-19 yang yelah meninggal dunia, Erendira membuat anak patung dari bilik kecil di rumahnya yang dijadikan sebagai bengkel jahitan.

Bukan mudah menerima perkhabaran orang tersayang telah meninggal dunia, terutama kematian itu akibat Covid-19 yang menghalang mereka untuk melihat jasad tersebut.

Dengan penghasilan tersebut, ahli keluarga pesakit dapat melepaskan kerinduan dengan memeluk anak patung itu. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain