suria

Kelibat misteri muncul di belakang ketika wanita sedang asyik menari TikTok

Tangkap layar daripada klip TikTok Chloe yang memaparkan kemunculan kelibat misteri di tangga ketika dia sedang asyik menari.

KELIBAT misteri berwarna hitam dikesan dalam satu klip rakaman aplikasi TikTok seorang wanita yang sedang asyik menari di ruang tamu rumahnya.

Video yang dikongsikan oleh Chloe Hartley di aplikasi berkenaan mengundang perbincangan hangat oleh netizen mengenai penampakan tersebut.

Menerusi klip berkenaan, ia memaparkan Chloe, 22, sedang menari bersendirian di ruang tamu rumahnya mengikut alunan lagu Britney Spears.

Pada saat dia menggoyangkan tangan ke udara, satu kelibat hitam dilihat sedang bergerak menuruni tangga yang terletak di belakangnya.

Chloe menulis: "Saya tiada niat untuk berkongsi rakaman ini, tapi cuba lihat apa yang berada di tangga di belakang saya. Saya sendirian di rumah."

Klip video tersebut menjadi tular apabila sehingga kini ia meraih lebih daripada 17 juta tontonan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, netizen memberikan reaksi yang pelbagai berhubung penampakan berkenaan.

"Sudah tentu anda tidak keseorangan lagi di rumah," komen seorang pelayar.

Namun ada juga yang menganggap kelibat tersebut terhasil akibat kesan pencahayaan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kelibat misteri, menari TikTok

Artikel Berkaitan

Artikel Lain