suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar bedah plastik jadi korban Covid-19 selepas pesakit batuk ketika rawatan bibir

Dr Payman Simoni merupakan pakar bedah plastik di Beverley Hills, Los Angeles. foto Getty Images/ Metro UK

SEORANG pakar bedah plastik maut selepas mengalami komplikasi akibat Covid-19.

Beliau dijangkiti virus itu selepas seorang pesakit yang kemudian disahkan positif Covid-19 batuk terhadapnya.

Dr Payman Simoni, 50, dari Beverley Hills di Los Angeles, Amerika Syarikat, meninggal dunia pada 8 Januari akibat pendarahan otak setelah beliau koma akibat masalah paru-paru.

Menurut laporan TMZ, beliau dijangkiti virus itu selepas menjalani rawatan bibir ke atas seorang wanita.

Bapa kepada dua anak itu menjalani pembedahan ke atas wanita berkenaan setelah pemeriksaan suhu badan dan mengisi pertanyaan berkaitan dengan Covid-19.

Wanita yang tidak memakai topeng itu belum disahkan positif Covid-19 ketika itu.

Pesakit itu bagaimanapun menghubungi Dr Simoni beberapa hari kemudian bagi memaklumkan dirinya positif Covid-19. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain