suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing dikejarkan untuk rawatan kecemasan selepas telan pelitup muka

Labrador Bailey dikejarkan untuk rawatan kecemasan selepas menelan pelitup muka. foto Rouken Glen Vets/Facebook

SEEKOR anjing dikejarkan untuk rawatan kecemasan selepas menelan sekeping pelitup muka yang dibuang di sebuah taman.

Menurut laporan Daily Record, anjing malang itu menelan pelitup muka di taman Rouken Glen dekat Glasgow, Scotland.

Doktor haiwan terpaksa memberi suntikan kepada anjing Labrador Bailey itu untuk membuatnya muntah sebelum pelitup muka itu menyebabkan masalah yang lebih buruk dalam sistem pencernaannya.

Doktor berkenaan, Catrionia Reoch mendedahkan bahawa ini bukan kes pertama anjing menelan pelitup muka.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang supaya membuang pelitup muka yang telah dipakai, ke dalam dalam tong sampah dan bukannya membiarkannya di lantai.

"Ada beberapa kes anjing mengutip pelitup muka yang ditinggalkan di tanah, dan sekiranya ditelan boleh menjadikan keadaan yang serius buat anjing itu.

"Bailey bernasib baik kerana pemiliknya mengesan ia menelannya," kata doktor itu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain