suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jururawat positif Covid-19 selepas sebulan disuntik vaksin, gara-gara dos kedua batal

David Longden menerima suntikan vaksin pertama pada 8 Disember. foto WALES NEWS SERVICE

SEORANG jururawat disahkan positif Covid-19 selepas mengambil vaksin sebulan lalu, hanya beberapa hari selepas dos kedua vaksinnya dibatalkan.

David Longden, 43, merupakan jururawat A&E di Hospital Princess of Wales di Bridgend, selatan Wales.

Beliau kini menjalani kuarantin di rumah di Pontypridd, didapati positif pada 8 Januari.

David menerima suntikan vaksin Pfizer pada Selasa, 8 Disember lalu dan ini bermakna beliau memperoleh dos kedua pada Selasa, 5 Januari.

Bagaimanapun, buat sementara waktu, empat ketua pegawai perubatan di United Kingdom, bersama pakar-pakar dalam Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI), menasihatkan agar kedua-dua vaksin Oxford dan Pfizer diberikan selang 12 minggu.

Pada awalnya, mereka menetapkan selang 21 hari.

David berkata, beliau mula tidak berasa sihat pada 7 Januari, dan membuat ujian saringan di Merthyr Tyfdil.

Beliau disahkan positif Covid-19,24 jam kemudian. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain